profile links stuff

Dashboard New Post follow


Sem 1, Tamat!
Tuesday, 21 October 2014 | 0 comments
Salamun'alayk~
Hoho, dah lama x post.
Sebenarnya, bukan miss roses sorang je yg rindu blog-blog nieh. 
Ana pun rindu jugak, balik rumah terus usya blog.
Semua x update, cheh.


So, mari cuba hidupkan blog balik! (Ahaha, macam apa je).
Wuuu, macam-macam berlaku sementara ana xde depan blog nieh.



Pertama sekali, officially, saya sudah pun menempuhi dan berjaya melalui semester pertama di UiTM Segamat sebagai salah seorang pelajar CS110 kelas A dengan selamat! Yatta!
Beberapa keping gambar kelas-mate:











Ohhhh, rumet pun semua best. Sumpah, best. Sebab semua jenis yg x pernah masuk asrama, so takdelah orang yang over-sensitive atau terlampau pengotor, lol. Satu bilik 4 orang, dalam bilik tu ada 3 budak part 1 and akan ada satu senior. Nafisah Ahmad, major in Business Management. Syuhada Zainal, sama macam ana, major in Computer Science. Tak lupa juga, Kak Fatehah Ali, juga major in Computer Science. Nafisah ni jenis yang hardworking, bila Syue dengan ana bermalas-malasan dengan phone di tangan dan berguling di atas katil, dia most of the time mesti dengan buku. Err, tak macam kitorang yang study last minute, haha. Nafisah dengan ana kongsi hobi yang sama, iaitu suka makan! Hoho. Selalu la kitorang gi keluar makan sama-sama, and Syue ataupun 'ibu' a.k.a. Hazirah pun akan ikut sekali. Kitorang paling banyak stock makanan, tapi kitorang punya stok makanan yang selalu habis dulu, ahaha. Nasib kita lah kan Nafisah, perut besar~ xD Syue ni pulak, dia sangat fotogenik, suka bersosial, selalu kene tipu dengan kitorang (ahaha, sori Syue), perut yang sangat kecik (serius, dia boleh makan 2 roti je dalam sehari and still rasa kenyang sampai ke malam. Selalu dia order makan mesti tak habis o_o! Jelly~). Oh, and dia ni pandai berfesyen and ada jual macam-macam pakaian. Kak Teha, erm, serius, bila semua orang jumpa dia, mesti tanya soalan sama "Kakak senior korang tu chinese ke?". Bhahaha, bukanlah, dia memang keturunan chinese, tapi itu nenek moyang dia la. Akak ni selalu dapat 'Dean award', serius. Kalau korang tengok markah quiz dia, "48/50", "20/20", "37.5/40" and so on. Dahsyat kan? Memang padanlah dengan usaha dia. Kak Teha ni nocturnal. Siang dia kurang aktif, tapi time malam dia x tidur and cara menghafal dia agak scary! Kalau dia boleh belajar atas katil tanpa tidur, kitorang tak boleh. Akak ni sangat hebat, tabik kat dia!

Macam-macam pengalaman kitorang lalui. Ehehe, "roti garlic teh tarik", "pi", "pm", "fangirling", "nasi tomato bulan Ramadhan", "ifc", "semut, cicak dan lipas", etc. Lol




Ohh, and budak part 1 ni wajib masuk koko. So, nak taknak terpaksa la masuk. Tapi ana pilih nak masuk Kesatria Negara, alasan sebab yang ni je yang boleh tukar nak masuk aktiviti yang lain macam kerohanian ke, sukan ke, khdmat masyarakat ke. Kalau koko yang lain semua wajib amek dari sem 1 sampai sem 3, lagi tak sanggup. Nak dengar komander menengking lagi, brrr, sumpah dah muak. Masa koko sem 1, ada satu aktiviti ni yang orang panggil PERKAD. Tak ingat apa maksud dia tapi dia macam gabung semua unit persatuan beruniform pastu ada macam-macam pertandingan. Percaya tak ana masuk kawad, kawad formasi pulak tuh! Padahal time sekolah serius paling benci aktiviti berkawad, haha. Masuk pertandingan ni bawah kompeni Alpha, salah satu unit dari Kesatria Negara. Wuuuu, serius weyh tak sangka dapat nombor 4! Walaupun kitorang punya hiasan tak segempak kompeni-kompeni lain and banyak la jugak buat salah, serius tak sangka boleh dapat nombor 4 sebab semua orang lepas habis persembahan rasa down sebab ingatkan kitorang buat dengan sangat teruk. Mungkin sebab kitorang dapat komander yang baik kot yang training kitorang, Komander Anisah. Dia tak tengking kitorang macam kompeni lain and dia takdelah kawal segala aktiviti kitorang macam tiap-tiap hari ada latihan, etc. Kak Juliana pun gempak sebagai ketua Alpha sebab dia kekadang turun padang and tengok-tengokkan and betulkan kitorang. Nak jujur sikit, hehe, walaupun kitorang tak selalu buat latihan atau hanya ada satu je Komander yang tolong latih kitorang atau kitorang takdelah strict sangat, kitorang still boleh dapat Top 4~ Hehe, nah! Gambar sikit untuk bebudak yang sama-sama join kawad formasi PERKAD bawah kompeni Alpha:














Ahaha, macam panjang la pulak. Okaylah itu je lah setakat ni. Jebon-jebon yang lain, tolonglah aktif kan balik semangat blogging anda, lol. Rindu la nak baca post korang. 
Setakat ni sahaja, sekian.
Salamun'alayk!

-AiHana-



« Newer
Older »